Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah
Baitullah tu apa?
Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
Allah ada dalam tu?
Tak
Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Yang saya sembah bukannya bangunan tu
Kamu sembah apa?
Saya sembah Allah swt
Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah
Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la
Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Pernah.. selalu
Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?
Tengok perlawanan bola la
Di mana?
Dalam tv la
Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak
Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada
Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu
So ?
Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak ?
Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu
Peliknya
Sebab apa pulak pelik ?
Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat
Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya
Hurm.. jadi tak peliklah ni ?
Ya.. tak pelik
Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah
Erk.. kau betul